Keahlian PELEKAT
Sertai keluarga besar pengusaha kelulut Terengganu
Jenis Keahlian
Pilih kategori keahlian yang sesuai untuk anda
Ahli Biasa
RM 100 - RM 150
Seumur Hidup
Ahli Lama: RM 100Ahli Baru: RM 150 (RM 50 Pendaftaran + RM 100 Keahlian)
- Untuk ahli warga Terengganu
- Pengusaha kelulut individu
- Akses kepada semua program latihan
- Networking dengan ahli lain
- Khidmat nasihat teknikal
- Sijil keahlian
Ahli Bersekutu
RM 250
Tahunan
RM 100 Yuran Pendaftaran + RM 150 Yuran Keahlian- Untuk ahli bukan warga Terengganu
- Untuk individu/organisasi/syarikat
- Networking dengan ahli lain
- Atas persetujuan AJK
Ahli Kehormat
PERCUMA
Atas jemputan
- Pakar/penasihat industri
- Wakil agensi kerajaan
- Penyelidik universiti
- Penyumbang kepada industri
- Atas persetujuan AJK
Faedah Menjadi Ahli PELEKAT
Apa yang anda dapat sebagai ahli
Pendidikan & Latihan
Kursus penternakan kelulut, bengkel pengeluaran madu, latihan pensijilan, dan program pembelajaran berterusan.
Peluang Perniagaan
Akses kepada rangkaian pembeli, pemborong, dan rakan niaga. Penyertaan pameran dan program promosi bersama.
Rangkaian (Networking)
Berjumpa dan bertukar pengalaman dengan 250+ pengusaha kelulut aktif di seluruh Terengganu.
Bantuan Kewangan
Sokongan permohonan geran dari MARDI, TEKUN, dan agensi kerajaan lain untuk pengembangan perniagaan.
Pensijilan & Pematuhan
Bimbingan mendapatkan sijil JAKIM, HACCP, GMP, dan pensijilan lain untuk produk kelulut.
Khidmat Nasihat
Bantuan teknikal mengenai penternakan, penyakit lebah, pengeluaran madu, dan pengurusan ladang.
Syarat & Kelayakan
Siapa yang layak menjadi ahli?
Untuk Ahli Biasa:
- Warganegara Terengganu berumur 18 tahun ke atas
- Pengusaha lebah kelulut atau berminat untuk memulakan ternakan kelulut
- Bersetuju dengan perlembagaan dan peraturan persatuan
Untuk Ahli Bersekutu:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Jika Syarikat/organisasi yang berdaftar dengan SSM atau ROS
- Terlibat dalam industri kelulut (pengeluaran, pemprosesan, pemasaran)
- Bersetuju dengan perlembagaan dan peraturan persatuan
- Membayar yuran tahunan RM 250 (RM 100 Yuran Pendaftaran + RM 150 Yuran Keahlian)
Dokumen Diperlukan:
- Resit pembayaran yuran (melalui online banking)
- Surat sokongan/pengesahan (jika berkaitan)
Daftar Ahli Secara Online
Pilih jenis keahlian dan masukkan No. IC untuk memulakan permohonan.
Semak Status Permohonan
Sudah hantar permohonan? Semak status di sini
Semak permohonan anda
Masukkan nombor kad pengenalan yang digunakan semasa pendaftaran untuk melihat status terkini.